`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 10, 2024

Kod tatalaku pelesenan media sosial diumum hujung bulan ini

 

social media
SKMM sedang menyediakan draf kod tatalaku untuk rujukan platform media sosial bagi pelesenan, kata Fahmi Fadzil.

KUALA LUMPUR
Kod tatalaku pelesenan penyedia platform media sosial akan diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, penyediaan draf kod tatalaku tersebut sedang diusahakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Tatalaku ini bertujuan untuk diteliti oleh platform media sosial dalam tempoh dua bulan sebagai garis panduan sebelum mendaftar untuk pelesenan.

Ia supaya mereka faham tugas dan tanggungjawab kepada rakyat Malaysia yang guna platform mereka,
 katanya kepada pemberita selepas menghadiri rakaman ‘Podcast Kempen Kesedaran Kesihatan Mental’ anjuran Suria KLCC hari ini.

SKMM sebelum ini memaklumkan, semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet, yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Langkah itu akan dikuatkuasa bermula 1 Jan 2025.

Ditanya mengenai kandungan kod tatalaku tersebut, Fahmi berkata, beliau belum dimaklumkan oleh SKMM berhubung perkara itu, tetapi menjelaskan bahawa kod tersebut akan berubah mengikut peredaran masa dan perkembangan platform media sosial yang akan dilesenkan.

Sementara itu, katanya, beberapa akta baharu juga akan digubal, seperti Akta Keselamatan Dalam Talian yang akan diuruskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

Beliau berkata, platform-platform media sosial pada ketika ini tidak membenarkan penglibatan kanak-kanak, namun ia dilihat tidak dilaksanakan dengan baik kerana tiada kerjasama dengan agensi penguatkuasaan seperti polis.

Justeru, katanya, kerangka atau pelesenan media sosial akan menambah baik kerjasama dengan polis dan peguam.- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.