`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, October 18, 2024

Melayu sokong style Akmal, ye ke?

 

Mohsin Abdullah

Pada pemilihan Bersatu bulan depan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal seperti kita maklum tidak mempertahankan jawatan ketua Pemuda yang disandangnya sejak 2020. Ini kerana beliau melepasi had usia bagi mengetuai sayap Pemuda Bersatu. Maka tempoh hari beliau menyuarakan hasrat agar penggantinya bersikap lantang seperti Akmal Saleh si ketua Pemuda Umno dalam membangkitkan isu nasional untuk menarik golongan muda Melayu.

‘Untuk menarik golongan muda Melayu’ pada hemat saya membawa erti Wan Fayhsal yakin Akmal dengan segala macam tindakan, aksi dan gelagatnya berjaya menarik sokongan orang muda Melayu kepada Umno. Jika tidak masakan Fayhsal mahu ketua Pemuda Bersatu yang baharu mencontohi ketua Pemuda Umno sekarang. Tidak perlu saya aju pertanyaan mengapa beliau sendiri tidak bertindak ala Akmal semasa memegang jawatan ketua Pemuda Bersatu selama empat tahun.

Pertanyaan yang ingin saya ajukan ialah betul ke orang muda Melayu tertarik dengan cara Akmal sekali gus menyokong partinya? Untuk mencari jawapan saya bawa peristiwa lama sebagai context. Yang dimaksudkan peristiwa lama ialah PRK Mahkota yang diadakan September lalu.

Mengimbau kembali satu rencana yang disiar sebuah akhbar bahasa Inggeris berikutan kemenangan besar BN pada PRK itu, ia merupakan analisis penulis rencana — seorang wartawan veteran — terhadap keputusan pilihan raya kecil berkenaan.

Menjelang PRK Mahkota terjadi pertikaman lidah antara Akmal dengan pemimpin DAP Teresa Kok berhubung isu sijil halal. Si penulis sejak awal menjangkakan pertikaman lidah itu akan mengalir atau 

spill over
 ke PRK Mahkota. Katanya sesungguhnya pergaduhan Akmal-Kok mempunyai impak ke atas orang Melayu. Lebih 60% orang Melayu keluar mengundi dan majortinya memilih Syed Hussein Syed Abdullah sebagai calon Umno-BN.

One can safely say that the Malays approve of what Dr Akmal is doing,
 kata si penulis. Ertinya beliau percaya orang Melayu bersetuju dengan apa yang dilakukan Akmal. Berdasarkan apa yang dicatat, penulis yakin semua oang Melayu sokong apa yang dilakukan Akmal kerana yang ditulis ialah ‘the Malays approve’ bukan ‘some Malays’ atau ‘Malays in general’.

Apa pun adakah anggapan itu betul? Sebelum menjawab pertanyaan itu perlu dijawab apa yang Akmal lakukan.

Memang banyak isu yang diangkat Akmal. Antranya isu KK Mart. Secara ringkas dinyatakan dalam ‘memperjuangkan agama dan bangsa’ beliau berjaya melukai perasaan orang bukan Melayu. Tidak pelru dihurai secara terperinci. Ketika bergaduh dengan Kok pula beliau dilihat bertindak keterlaluan dan dituduh biadap. Sekadar dua contoh.

Oleh itu jika orang Melayu dianggap ‘approve of what Akmal is doing’ ia bererti rata-rata orang Melayu bersetuju dan menyokong gelagat serta tindakan mengguris perasan dan menghina masyarakat bukan Melayu. Ini bagi saya tidak benar.

Diakui ada dalam kalangan orang Melayu yang bersikap rasis dan extreme tetapi kebanyakannya tidak begitu. Oleh itu saya nyatakan adalah tidak betul untuk menegaskan ‘the Malays approve of what Akmal is doing’ bersandarkan keputusan PRK Mahkota. Jika orang Melayu dikatakan menyokong cara Akmal ia bermakna menuduh orang Melayu menyokong extremism dan politik ras.

Seorang penganalisis politik yang mengikuti perkembangan PRK Mahkota bersetuju majoriti orang Melayu menolak extremism. 

Kemenangan besar ialah penyokong setia kembali menyokong BN kerana faktor menteri besar Johor dan calon,
 kata beliau.

Seorang lagi penganalisis politik memberitahu: 

Tidak relevan pun isu sikap Akmal meningkatkan pengaruh Umno di Mahkota. Orang Johor bukan berfikir extreme macam tu, bahkan pemuda-pemuda Umno Johor sendiri pun tak senang dengan sikap bulldoze Akmal. Jentera Umno Johor pun tak favour dengan style arrogant Akmal.

Ok tutup cerita. Bak kata omputih: I rest my case. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.