`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, October 7, 2024

Tak hadir bicara: ‘Hot Daddy’, 2 wanita kena waran tangkap

 

Free Malaysia Today
Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli ketika hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 4 Mac lalu bagi menghadapi pertuduhan menjual video lucah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang lelaki dikenali ‘Hot Daddy’ bersama dua teman wanitanya kerana gagal hadir untuk perbicaraan tuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menerusi platform X.

Hakim Siti Shakirah Mohtarudin mengeluarkan waran tangkap itu terhadap Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, Norshazrina Md Zamri, 27 dan Norhidayah Mahadi, 24, mereka tidak hadir ke mahkamah.

Menurut Berita Harian, ketiga-tiga mereka termasuk penjamin tidak kelihatan di mahkamah walaupun nama dipanggil berulang kali sewaktu prosiding bermula jam 9 pagi, sebelum ditangguhkan selama dua jam.

Selepas dipanggil buat kali kedua pada jam 11 pagi, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Shahrizzat Amadan memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap semua tertuduh.

Di mahkamah berasingan, Hakim Suzana Hussin turut mengeluarkan waran tangkap terhadap Norshazrina yang berdepan tuduhan memiliki bahan lucah.

Peguam bela tertuduh, Muhammad Faris Abrar Othman memberitahu wartawan di luar mahkamah berkata sejak semalam beliau beberapa kali cuba menghubungi ketiga-tiga anak guamnya itu tetapi gagal.

Pada 26 Jan lalu, ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menerusi platform X.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan semua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum ini, media melaporkan, polis menahan seorang gigolo tempatan kerana merakam dan menjual video lucahnya dengan melakukan hubungan seks bersama lebih 20 wanita termasuk mereka yang mengupahnya untuk khidmat seks. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.