`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, April 7, 2025

Mangsa banjir Johor terus meningkat

 

pps banjir
Situasi banjir di Johor terus menyaksikan peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) manakala di Sabah kekal.(Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR
Situasi banjir di Johor terus menyaksikan peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) manakala di Sabah kekal seperti sebelumnya setakat pagi ini.

Di Johor, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Azmi Rohani memaklumkan daerah Batu Pahat mencatatkan peningkatan jumlah mangsa kepada 326 orang daripada 108 keluarga setakat 8 pagi berbanding 285 daripada 94 keluarga pada 4 petang semalam.

Beliau berkata kesemua mangsa yang terdiri penduduk Kampung Baharu Sri Gading itu ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading.

“Paras air Sungai Senggarang di Batu Pahat kini berada pada tahap amaran iaitu 3.35 meter manakala Sungai Batu Pahat mencatatkan bacaan 2.30 meter iaitu pada paras waspada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beberapa daerah turut dilaporkan hujan pagi ini, termasuk Muar, Segamat, Kluang, Batu Pahat, Tangkak dan Kulai manakala cuaca mendung di Johor Bahru, Mersing, Pontian dan Kota Tinggi.

Sementara itu, di Sabah, jumlah mangsa banjir di daerah Kinabatangan yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam kekal 138 orang daripada 30 keluarga pagi ini sejak malam tadi.

Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan empat kampung terjejas akibat bencana itu.

Pada 2 April, Kinabatangan yang terletak kira-kira 306 kilometer timur dari Kota Kinabalu diisytihar sebagai kawasan bencana banjir susulan hujan berterusan dan kenaikan paras air sungai pada tahap bahaya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.