`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Thursday, April 17, 2025

Tukar nama MRSM Tun Abdullah Badawi beri inspirasi generasi muda

 Pemuda Umno Pulau Pinang berkata usaha menjenamakan semula MRSM Kepala Batas itu menyuntik semangat baharu untuk melahirkan lebih ramai pemimpin cemerlang.

mrsm kepala batas
Semalam, Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya bercadang menamakan MRSM Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Badawi, bagi menghargai jasa perdana menteri kelima itu. (Gambar MRSM)

PETALING JAYA
Pemuda Umno Pulau Pinang berkata usaha menjenamakan semula Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Badawi menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mencontohi nilai integriti dipegang perdana menteri kelima itu.

Ketuanya, Mohd Hilmi Elias, berkata ia juga sebagai penghormatan kepada legasi kepimpinan Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas selama lebih empat dekad.

“Langkah ini sangat wajar dan amat dialu‑alukan. Ia bukan sahaja menghargai jasa dan kepimpinan beliau, tetapi juga menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mencontohi nilai integriti serta semangat berjiwa rakyat yang beliau pegang,” kata Hilmi dalam kenyataan.

Beliau berharap penjenamaan semula institusi tersebut akan menyuntik semangat baharu dalam kalangan warga MRSM bagi melahirkan lebih ramai pemimpin cemerlang pada masa depan.

Hilmi juga merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang yang telah menamakan semula Lebuhraya Bandar Cassia sebagai Jalan Tun Abdullah Badawi.

“Inisiatif ini menunjukkan penghargaan masyarakat terhadap jasa beliau,” katanya sambil menambah Abdullah atau lebih dikenali Pak Lah seorang tokoh berdedikasi yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

Semalam, Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya bercadang menamakan MRSM Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Badawi, bagi menghargai jasa beliau sebagai tokoh penting dalam memperkasa dasar pendidikan, pembangunan modal insan serta memperluas akses kepada institusi pendidikan berkualiti.

Asyraf berkata cadangan tersebut akan dibawa kepada perhatian Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah Zahid Hamidi dalam masa terdekat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.