SIS Forum cabar keabsahan fatwa fahaman liberalisme dan pluralisme agama yang diwartakan pada 17 Julai 2014.

Menerusi surat dikeluarkan Pengarahnya Mohd Shahzihan Ahmad, solat hajat bagi mendoakan urusan kes berkenaan diminta diadakan selepas sembahyang Jumaat hari ini dan minggu depan.
Seruan sama turut disebarkan di Facebook JAIS.
Menurut Shahzihan, SIS Forum Malaysia telah mencabar keabsahan fatwa fahaman liberalisme dan pluralisme agama yang diwartakan oleh kerajaan negeri pada 17 Julai 2014.
Mengikut kronologi, SIS Forum Malaysia telah mencabar fatwa tersebut di Mahkamah Tinggi pada 2020 dan kemudiannya dirayu ke Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan terbabit pada 14 Mac 2023.
Gagal di peringkat Mahkamah Rayuan, SIS Forum Malaysia membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk mencabar keabsahan fatwa tersebut.
“Semua masjid dan surau kebenaran solat Jumaat dimohon mengadakan solat sunat hajat memohon Allah terus memelihara kesucian Islam di Selangor.
“Selain Memberi kebaikan serta pertolonganNya kepada Mahkamah Persekutuan dalam membuat keputusan mengenai rayuan berkenaan,” katanya..
“Sebagaimana dititahkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, semua masjid dan surau dikehendaki menunaikan solat sunat hajat selepas selesai solat Jumaat hari ini dan minggu depan (13 Jun),” katanya.
Pada 31 Oktober 2014, SIS Forum, pengasasnya, Zainah Mahfoozah Anwar, dan bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.
Mereka menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS dan kerajaan Selangor sebagai responden. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.