`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Monday, June 30, 2025

Model kepelbagaian kaum Sabah inspirasi keharmonian negara, kata Aaron

 Setiap satu kumpulan etnik, subetnik di Sabah kekal bahasa, warisan dan pandangan dunia unik, kata menteri perpaduan negara.

Sabah rumah kepada 42 kumpulan etnik orang asal dan lebih 200 komuniti subetnik, menurut Aaron Ago Dagang. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
 Model kepelbagaian budaya Sabah harus jadi inspirasi negara, kata Menteri Perpaduan Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata, setiap kumpulan, tidak kira sekecil mana, menyumbang kepada kekayaan landskap yang menjadikan Sabah sebagai simbol kekuatan bagi kepelbagaian budaya Malaysia.

“Sabah rumah kepada 42 kumpulan etnik orang asal dan lebih 200 komuniti subetnik, setiap satu mengekalkan bahasa, warisan dan pandangan dunia yang unik.

“Ini bukan sekadar statistik, ia gambaran tentang betapa mendalamnya keharmonian dan penghormatan terhadap perbezaan identiti Sabah,” katanya ketika berucap pada ‘Grand Finale’ Pertandingan Menulis ‘Lagu Kita’ — Sabah dan Pancaragam.

Mengenai pertandingan itu, Aaron berkata, muzik berperanan sebagai bahasa universal, jambatan merentasi bahasa, kepercayaan dan adat resam.

Katanya, Lagu Kita pertama kali diwujudkan pada Jun 2024 dengan matlamat murni untuk meraikan kekayaan kepelbagaian budaya Sabah dan memperkasakan bakat muda menerusi penciptaan muzik asli.

“Menyedari nilai dan potensi inisiatif ini, kementerian saya berbesar hati menyokongnya dengan geran RM30,000,” kata Aaron. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.