Presiden Bersatu itu berkata pengalaman lalu membuktikan kekuatan gabungan lebih berkesan berbanding bergerak solo dalam pilihan raya.

Bercakap dalam satu program audio siar malam tadi, beliau berkata pengalaman lalu membuktikan bahawa kekuatan gabungan lebih berkesan berbanding bergerak secara solo dalam pilihan raya.
“Dan sudah ada bukti kalau kita nak pergi secara bersendirian, saya fikir kita tidak boleh pergi jauh.
“’We have to fight’ tapi kita bersatu dalam satu jemaah yang besar, kesan dia baik dan buktinya hasil pilihan raya yang ada,” katanya.
Selain PAS, gabungan itu turut dianggotai Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).
Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut menepis persepsi bahawa gabungan itu hanya memperjuangkan Melayu semata-mata.
Beliau berkata PN juga mahu dilihat sebagai gabungan inklusif yang diterima oleh semua kaum.
“Persepsi itu boleh berubah dan diubah kalau kita ambil langkah-langkah berterusan.
“Contohnya Bersatu sudah tubuhkan sayap baru, yang bukan Melayu, bermakna kita bersedia untuk menerima yang bukan Melayu menjadi sebahagian daripada parti kita walaupun dia bukan Melayu.
“Ini tidak bermakna kita mengorbankan asas perjuangan kita yang terdahulu,” katanya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.