`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, November 2, 2025

Bertengkar masalah hutang, rakyat Malaysia parah ditembak di Golok

Mangsa yang dipercayai berasal dari Pasir Mas itu sedang dirawat di Hospital Suhang, Golok dan keadaannya dilaporkan stabil.

garisan polis
Polis Thailand merampas sepucuk pistol 9mm dan giat memburu suspek yang melarikan diri selepas kejadian.
PETALING JAYA:
 Seorang rakyat Malaysia parah ditembak di sebuah rumah di Golok, Thailand, semalam.

Mangsa yang dipercayai berasal dari Pasir Mas itu sedang dirawat di Hospital Suhang, Golok dan keadaannya dilaporkan stabil.

Menurut jurucakap polis, kejadian pada 6.40 petang waktu Thailand itu dipercayai berlaku akibat pertengkaran antara mangsa berusia 33 tahun dan suspek berhubung masalah hutang.

“Suspek dan mangsa dipercayai bertengkar sebelum tembakan berlaku. Polis merampas sepucuk pistol 9mm yang digunakan suspek,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, polis giat memburu suspek yang melarikan diri selepas kejadian itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.