Sunday, March 6, 2016
Exco Pemuda Akui, KJ Taja Rombongan Pergi Umrah
Kuala Lumpur – Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin mengakui Menteri Belia Sukan, Khairy Jamaluddin telah menaja rombongan ketua-ketua Pemuda Umno Bahagian pergi mengerjakan umrah di tanah suci.
Nazir ketika dihubungi SuaraTV turut membidas kenyataan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin sambil menyifatkan tindakan Khairy itu sebagai satu pendekatan yang baik dan wajar dijadikan contoh.
“Siapa Chegubard nak pertikai tindakan KJ bawa Pemuda pergi umrah, tak malukah kerana dia sendiri tidak diterima di dalam PKR sehingga terpaksa bergelut dengan Azmin tapi bila ada pemimpin Umno buat suatu yang baik tindakan itu dipertikaikan.
“Adakah dia boleh menentukan sama ada ibadah umrah itu diterima Allah atau tidak kerana ibadah tersebut antara pelaku dengan Allah.
“KJ sebagai seorang pemimpin muda bawa anak buah pergi umrah adalah satu perkara yang baik dia (Chegubard) sepatutnya menjadikan ia (pendekatan itu) sebagai contoh kerana KJ mempunyai ciri-ciri kepimpinan sebab bawa orang pergi umrah dan tak bawa orang pergi buat benda yang bukan-bukan” katanya kepada SuaraTV.
Nazir yang juga merupakan Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan pergerakan itu turut menggesa agar Badrul Hisham tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bodoh yang boleh memalukan dirinya sendiri.
“Bagaimana dia boleh kata tindakan KJ itu sebagai rasuah umrah? Dia tak faham sistem (pemilihan) Umno kerana ia bukan macam dulu tambahn pula Ketua Pemuda hanya mempunyai satu undi sahaja dan untuk melayakkan KJ menang sebagai Naib Presiden beliau memerlukan 160 ribu undi… apa yang dia cakap tu? Baik dia fikir dulu sebelum cakap jangan cakap bodoh, malu dekat orang.
“Baik dia fikir dulu masak-masak sebelum tuduh KJ guna duit rasuah untuk belanja orang pergi umrah sebab dia tahukah duit itu daripada mana kerana ia merupakan satu fitnah dan dosa tersebut lebih teruk daripada membunuh… Sekarang adalah masa untuk Pemuda Umno bersatu, rapatkan parti dan bekerja bagi menang pilihanraya dan kita (Pemuda) pergi Mekah kerana ingin berdoa untuk kejayaan parti dan kejayaan seluruh rakyat Malaysia jadi pada saya ia tidak salah.
“Saya nak cakap pada CheguBard, KJ adalah pemimpin contoh kerana bawa orang pergi Mekah, bukan bawa rombongan pergi karaoke atau tempat-tempat lain dan hentikan dari bercakap benda-benda bodoh kalau dia tak tahu apa” uajrnya lagi.
Terdahulu Badrul Hisyam melahirkan rasa kecewa dengan pendekatan Pemuda Umno kerana merasakan ibadah suci bagi umat Islam telah dijadikan alat dagangan demi menjaga kepentingan politik dan jawatan.
Menurutnya beliu kesal dengan tindakan itu sambil menyifatkan ia sebagai ‘budaya baru’ Umno untuk menjaga kepentingan politik. – SuaraTV
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.