`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Wednesday, March 30, 2016

MAHATHIR PEMBULI PEMIMPIN SABAH – MAXIMUS

CITIZENS_DECLARATION
(Agenda Daily) – Setiap rakan dalam pakatan ‘Selamatkan Malaysia’ itu mempunyai pandangan sendiri mengenai siapakah yang akan mengambil alih sebagai Perdana Menteri baharu sekiranya rancangan mereka itu berjaya.
Ini pengakuan terbuka pemimpin komponen BN mengenai sikap dan tindak tanduk Tun Dr Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
Bukan hanya diktator bahkan pembuli.
Menurut Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, pengakuan Mahathir bahawa beliau adalah seorang diktator semasa tempoh 22 tahun menjadi perdana menteri merupakan “kenyataan kurang tepat yang klasik abad ini,”.
Ongkili mendakwa bahawa Mahathir adalah seorang pembuli terutama terhadap para pemimpin politik Sabah.
“Semasa Dr Mahathir menyandang jawatan sebagai perdana menteri, PBS keluar dari Barisan Nasional (BN) di ambang pilihan raya umum 1994 kerana tidak berpuas hati terhadap sikap tidak ambil peduli oleh kerajaan Persekutuan berhubung isu-isu menyentuh kepentingan di Sabah,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Beliau juga mendakwa bahawa Dr Mahathir menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk melenyapkan kritikan.
Sementara itu, seorang lagi pemimpin Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, apa yang didakwa sebagai perhimpunan ‘Selamatkan Malaysia’ pada Ahad lepas, sebenarnya bukan untuk menyelamatkan Malaysia. kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu menjelaskan sekiranya hendak menyelamatkan Malaysia, Perlembagaan perlu dilindungi, bukan dicabuli, sepertimana yang mereka anjurkan bagi menyingkirkan Perdana Menteri.
“Pertama sekali, mereka hendak menyelamatkan Malaysia daripada apa atau siapa? Dan bagaimana menyingkirkan Perdana Menteri secara melanggar Perlembagaan boleh dianggap sebagai menyelamatkan Malaysia?,” kata Salleh dalam catatan terbaru beliau melalui blognya sskeruak.blogspot.my.
“Mereka berdiri di atas pentas dan menyerang apa yang dikatakan tidak ada demokrasi di Malaysia. Tetapi, apa yang tidak mereka sebut ialah hakikat bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Tun Razak membenarkan lebih banyak demokrasi di Malaysia, membolehkan mereka menganjurkan perhimpunan itu, yang mereka gunakan untuk menyerang Perdana Menteri,” katanya.
Salleh berkata perhimpunan ‘ramai rakan’ yang tidak berkongsi aspirasi dan ideal yang sama itu menunjukkan bahawa pakatan ‘Selamatkan Malaysia’ itu sudah gagal sejak mula lagi.
“Kita sudah lihat Gagasan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat, dan kini Pakatan Harapan.
“Setakat ini, semuanya mengalami kegagalan, manakala Pakatan Harapan pula sedang bertungkus-lumus ingin membuktikan ia mampu untuk kekal wujud. Dan, sebab kesemua mereka mengalami kegagalan ialah seperti kata orang Melayu, tidur satu bantal, mimpi lain-lain,” katanya.
Menurut Salleh, kesemua yang menyertai pakatan ‘Selamatkan Malaysia’ itu tidak berkongsi cita-cita, doktrin, aspirasi atau objektif yang sama dan mereka hanya mahukan satu perkara – menyingkirkan kerajaan.
“Secara teknikal, itulah yang akan terjadi sekiranya anda menyingkirkan Perdana Menteri,” katanya.
Salleh berkata kumpulan itu tidak akan sekali-kali bersetuju antara satu sama lain kerana setiap rakan dalam pakatan ‘Selamatkan Malaysia’ itu mempunyai pandangan sendiri mengenai siapakah yang akan mengambil alih sebagai Perdana Menteri baharu sekiranya rancangan mereka itu berjaya.
“Dan adakah kempen ‘Selamatkan Malaysia’ itu termasuk atau tidak termasuk membebaskan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dari penjara? Dr Wan Azizah Wan Ismail (isteri Anwar dan Presiden PKR) berkata ya, tetapi semua yang lain tidak berkata apa-apa,” katanya.
Salleh berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya muncul sebagai Ketua Pembangkang de facto baharu serta mengetuai ‘Kempen Anti-Najib’ atau ‘Kempen Selamatkan Malaysia’.
“Kesemua yang lain kelihatan memberi kelulusan secara tersirat terhadap peranan kepimpinan dimainkan Mahathir apabila mereka tidak menamakan mana-mana pemimpin lain,” katanya.
Salleh berkata Dr Mahathir tahu bahawa Najib hanya boleh disingkirkan sekiranya UMNO sendiri tidak mahukan beliau lagi.
Menurut menteri itu, Dr Mahathir sendiri mengaku bahawa Najib tidak boleh disingkirkan dari luar, maka oleh yang demikian, bekas Perdana Menteri itu berharap kempen ‘Selamatkan Malaysia’ itu akan membuktikan ia mendapat sokongan daripada rakyat dan dengan itu, akan memperoleh sokongan UMNO.
“Sebaliknya, UMNO amat marah kepada Mahathir dan oleh kerana itu, UMNO bersatu di belakang Najib. Jadi, langkah Mahathir benar-benar memakan dirinya sendiri,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.