`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 21, 2016

Foto: Bas Persiaran Terbalik Dirempuh Jentera Bomba

SEBUAH bas Persiaran yang membawa 15 pelancong yang singgah berehat di hentian makan di Kilometer 6.9 Lebuhraya Changlun ke Bukit Kayu Hitam terbalik selepas dirempuh sebuah jentera Bomba. - Foto ihsan JBPM


BUKIT KAYU HITAM: Sebuah bas persiaran yang membawa 15 penumpang dirempuh hingga terbalik oleh jentera bomba di kawasan perhentian di Kilometer 6.9 Lebuhraya Changlun menghala Bukit Kayu Hitam di sini petang tadi. 

Ketika kejadian jam 4.30 petang itu, bas persiaran berkenaan membawa tiga warga Singapura, 11 warga Thailand dan empat rakyat tempatan termasuk dua daripadanya pemandu bas. 

Nahas berlaku apabila bas berkenaan gagal membuat pusingan U untuk ke Kuala Lumpur dan berundur semula menyebabkan ia dirempuh jentera bomba yang datang dari arah belakang.

Berikutan kejadian itu, pemandu dan pemandu kedua serta seorang daripada pelancong terbabit yang cedera dihantar ke hospital Jitra.



1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.