`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, March 19, 2016

GAJI & ELAUN LIM GUAN ENG LEBIH RM50,000 SEBULAN

Lim-Guan-Eng

Lim Guan Eng dalam satu kenyataannya mendakwa gajinya yang diterima sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang berjumlah RM14,175.15 sebulan merupakan yang paling rendah di Malaysia. Syahdu bunyinya.
Kata Guan Eng, gajinya sebagai KM walaupun rendah tak perlu dinaikkan memandangkan gaji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun tak ada kenaikan.
Apa kaitan gaji KM Pulau Pinang dengan gaji PM? Tiada kaitan, ia cuma mainan ayat propaganda Guan Eng untuk menonjolkan ‘keprihatinan dirinya’ di sebalik kenaikan mendadak hampir 100 peratus elaun wakil rakyat Pulau Pinang seperti diumumkan hari ini.
Berkokoklah sekalian penyokong DAP dan PKR sebar cerita pemimpin mereka begitu marhaen hidupnya, gaji hanya seciput tak dipeduli demi nak berkhidmat untuk rakyat. Mudah mereka tertipu dengan mainan propaganda murahan pemimpin mereka.
Sejujurnya penulis tak kisah pun berapa peratus Guan Eng nak naikkan gaji wakil rakyat, sebab kita tahu wakil rakyat tak kira pro kerajaan negeri atau pembangkang, tetap manusia juga, ada anak bini dan pengundi yang nak di ambil peduli.
Tapi untuk Guan Eng menekankan kononnya gaji KM Pulau Pinang yang diterimanya paling rendah di negara ini bagi menonjolkan betapa marhaen dan prihatinnya dirinya dan DAP, amatlah tak menepati realiti. Kononnya itu sajalah sumber pendapatan Guan Eng.
Betul gaji hakiki Guan Eng sebagai KM Pulau Pinang ‘hanya’ berjumlah RM14,175.15 sebulan. Tapi, itu sajakah yang masuk poket Guan Eng saban bulan sejak 2008 hingga sekarang?
Guan Eng tak umumkan pun bahawa dengan kenaikan gaji ADUN Pulau Pinang, dia sendiri selaku ADUN Air Putih berpeluang menikmati tambahan wang ringit dari RM6,000 kepada RM11,250.
RM14,175.15 gaji KM ditambah gaji baru ADUN RM11,250.00 dah jadi RM25,425.15 pendapatan Guan Eng untuk sebulan. Masih sedikitkah tu? Ada lagi sumber lainnya.
Suka penulis berkongsi info yang dibentangkan dalam Sidang DUN Pulau Pinang pada Novenber 2011 yang menyatakan gaji dan elaun Guan Eng keseluruhannya berjumlah RM46,521.27 setiap bulan.
Jumlah tersebut merangkumi gaji & elaun sebagai KM, ADUN, Ahli Parlimen dan macam-macam lagi jawatan yang dipegangnya.
Angka RM46,521.27 itu dari tahun 2011. Dalam tempoh itu hingga 2015 tentulah banyak jawatan lain di peringkat agensi dan jabatan kerajaan negeri yang Guan Eng terima elaun dan gajinya yang tidak didedahkan kepada umum.
Apa pun kita ambil sahaja dulu angka RM46,521.27 itu kerana itu satu-satunya kenyataan rasmi yang kita ketahui sahih dan benar.
Awal tahun ini ada kenaikan gaji Ahli Parlimen dari RM11,000 kepada RM16,000. Guan Eng sebagai Ahli Parlimen Bagan dapat tambahan RM5,000 tersebut. Juga sebagai ADUN Air Putih Guan Eng akan dapat lagi kenaikan gaji tambahan RM5,250 sebulan.
Dan sekarang dengan kenaikan gaji & elaun ADUN serta kenaikan elaun Ahli Parlimen, campur lain-lain elaun, yang sebelum ini keseluruhannya berjumlah RM46,521.27 kini jumlah besar yang masuk ke poket Guan Eng setiap bulan sudah bertambah menjadi RM56,000 lebih setiap sebulan.
Bertuah badan Guan Eng, patutlah beriya-iya nak tanding di peringkat DUN dan Parlimen serentak. Patut jugalah ramai pemimpin pembangkang dari DAP, PKR dan segelintir dari PAS beriya dan kerap benar bertanding serentak di DUN dan Parlimen. Nak merasa duit lebih rupanya.
Jadi sekarang, untuk Guan Eng mendabik dada dirinya begitu marhaen sekali, prihatin dan tak kisah sangat menerima gaji sebagai KM Pulau Pinang ‘yang agak rendah’, nampak sangatlah terlalu dibuat-buat untuk tujuan propaganda semata-mata.
Dia nak rakyat cuma fokus pasal gaji ‘kecil’ dia sebagai KM, tapi dia tak cerita tiap bulan gaji dan elaun keseluruhannya yang dia terima untuk jawatan tersebut dicampur dengan gaji & elaun jawatan lain berkali ganda besar jumlahnya.
Tapi biasalah, dah namanya pemimpin pembangkang, mereka akan berusaha menonjolkan diri sendiri konon begitu memahami derita perit kehidupan rakyat, marhaen dan konon tak peduli soal duit gaji dan elaun. Hakikatnya tak begitu pun. – MyKMU.Net

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.