`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, March 18, 2016

Jamal Dan Geng Motor Serbu Mahathir Di Putrajaya

Penyerahan Memorandum Menolak Deklarasi Rakyat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad Bersama Pakatan Pembangkang terus ke tangan Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.


Kira-kira 500 orang yang diketuai Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos, berhimpun di tengah-tengah panas terik untuk menyuarakan bantahan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya.

Mereka, yang kebanyakannya berpakaian warna merah, membawa sepanduk mengkritik Mahathir, dan menolak Deklarasi Citizens yang ditandatangani bekas perdana menteri itu pada 4 Mac lalu.

Salah satu kain rentang itu mendakwa Mahathir menjadi alat DAP, manakala satu lagi berbunyi "Dr M jangan jadi Melayu mudah lupa".

Mereka berkumpul di luar pejabat Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di mana pintunya ditutup.

Sebuah unit pasukan pencegah rusuhan ditempatkan di dalam kawasan yayasan tersebut. - mkini


--------------------------------------------------

PUTRAJAYA - ‎Hampir 40 buah geng motosikal hari ini menyerbu pejabat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya selepas solat Jumaat hari ini.

Kehadiran mereka itu bagi memberi sokongan kepada ‎program Penyerahan Memorandum Menolak Deklarasi Rakyat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad Bersama Pakatan Pembangkang terus ke tangan Mahathir di Yayasan itu petang ini.

Program ini dianjurkan oleh beberapa NGO, yang dipercayai NGO pro kerajaan.

Sementara itu, menurut salah seorang penunggang motosikal yang ditemui Sinar Online hari ini menyatakan bahawa dia datang dari Gombak.

"Adalah dalam 40 buah motor bang," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Dalam pada itu, menurut pegawai Yayasan Kepimpinan Perdana menyatakan Mahathir tiada di pejabatnya. - sharian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.