`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 14, 2016

Khairuddin Cabar Ku Nan Tunjuk Surat Beranak



PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencabar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya menunjukkan surat beranak kepada umum bagi membuktikan gelaran `tengku’ yang digunakan itu bukan palsu.

Tindakan itu dibuat selepas Khairuddin sebelum ini mendakwa Tengku Adnan atau lebih mesra digelar Ku Nan menipu dengan menggunakan gelaran tengku palsu pada namanya itu.

“Tolong tunjuk surat beranak kamu untuk membuktikan bahawa nama asal kamu itu bergelar tengku.

“Saya cabar kamu untuk berbuat demikian secepat yang mungkin. Tapi janganlah tunjuk surat beranak salinan baru pulak,” tulisnya di laman Facebook.


Pada masa sama, Khairuddin turut mencabar mahu berjumpa dengan rakan sekolah Ku Nan sebagai usahanya untuk memastikan gelaran tengku itu telah digunakan sejak zaman sekolah lagi.

“Apa nama kamu yang sebenarnya ketika belajar di sekolah dahulu Adnan Mansor. Bolehkah saya nak berjumpa dengan guru-guru serta guru besar ataupun kawan-kawan persekolahan kamu pada waktu itu. Bolehkah tengku palsu Adnan Mansor,” katanya.

Semalam, Ku Nan berkata isu gelaran tengku itu bukanlah isu baru memandangkan beliau pernah menjelaskan perkara berkenaan semenjak zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam UMNO lagi.

“Pada 1982, saya pernah cakap ketika bertanding sebagai exco pemuda, saya bukan Tengku dari Malaysia, saya keturunan Acheh, orang Islam yang datang ke bumi Malaysia,” kata Ku Nan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.