Seronok juga melihat pro Najib Razak "terlompat" ke sana sini dengan pelbagai gaya sejak Jumaat lalu berhubung Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh Tun Mahathir Mohamad bersama pemimpin-pemimpin pembangkang dan peneraju masyarakat sivil negara ini.
Dengan seawalnya gah mengatakan keluarnya Tun Mahathir meninggalkan UMNO tidak mungkin memberi sebarang kudis kepada Najib, reaksi sehari dua ini jelas menampakkan mereka jauh lebih "menggelupur" berbanding cacing yang tengah kepanasan.
Selain berbagai kata-kata kecaman dan bidasan terhadap bekas Perdana Menteri itu, cacian dan makian juga turut menjadi mainan yang membuktikan tidak lain tanda-tanda sudah ada ketakutan dalam diri mereka itu.
Ketua blogger dedak yang kini sudah menteri, Salleh Said Keruak pula cuba berhujah untuk menggembirakan Najib dengan mengatakan deklarasi itu bukan suara 30 juta rakyat Malaysia dan ini menunjukkan beliau seolah-olah lupa Perdana Menteri sendiri hanya ada 47 peratus sokongan popular saja.
Kalau 47 peratus pun boleh jadi Perdana Menteri, bermakna tidak perlu sehingga 30 juta suara untuk membuangnya ke tepi.
Oleh itu, untuk menjadikan usaha menyingkirkan Najib lebih mudah menjadi kenyataan dan agar puak-puak pronya lebih "terlompat-lompat", kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan sayangkan negara ini tidak harus berlengah lagi dalam memberi sokongan kepada deklarasi itu.
Buktikan sokongan anda di sini -https://docs.google.com/forms/d/1vuIKdnzoDln2d5_v07kz1vgUZByV4EILmecK7NjYh54/viewform?c=0&w=1
Terima kasih buah bidara, ajaklah juga kawan-kawan dan saudara-mara. (SH).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.