`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 15, 2016

Payung Terbesar Di Dunia Dipasang Di Halaman Masjidil Haram

SEBANYAK lapan buah payung terbesar di dunia yang berteknologi tinggi kini dipasang di halaman utara Masjidil Haram di Mekah bermula Khamis lalu hingga Ogos tahun ini.

Portal berita Saudi Gazzette Senin, (14/03/2016) melaporkan, kerja-kerja pemasangan payung berlipat itu turut melibatkan 54 payung kecil yang akan dipasang di lokasi sama.

Menurut portal berkenaan, payung raksasa itu dihasilkan di Jerman dan setiap satunya mempunyai ketinggian 45 meter, berat 16 tan, dan mampu melindungi orang dari panas dan hujan dalam kawasan seluas 2,400 meter persegi apabila dibuka.

Struktur tersebut turut dilengkapi jam besar, skrin memaparkan garis panduan haji dan umrah untuk kemudahan jemaah, penyaman udara, dan kamera pengintai.

Kerja pemasangan melibatkan sebanyak 25 jurutera, ahli teknikal, dan pakar keselamatan dari Jerman yang akan memantau mekanisme operasi elektroniknya.

Payung-payung kecil lain yang turut dipasang pula akan memayungi kawasan seluas 19,200 meter persegi.

Selain itu, sejumlah 122 bangku untuk kemudahan jemaah bersantai akan ditempatkan.

Laman utara kompleks Masjidil Haram itu meliputi kawasan dari Zon Baharu Raja Fahd sehingga Zon Baharu Raja Abdullah itu.

Lokasi itu yang dilengkapi payung-payung tersebut boleh menampung sebanyak 400,000 jemaah pada satu masa. (IH)

2 comments:

  1. Learn Quran online as well as tajweed online along with the basics of arabic language which is also known as Noorani Qaeda from our male/female teachers at flexible schedule.It is for everyone that means facility of kids online quran learning is there.So visit our site www.onlinequranlessons.com

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.