`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 20, 2016

Rupanya Najib Pakai Pendinding.. Ini Buktinya


Ini kata-kata yang dilafazkan Najib Razak hari ini - "kalau saya nak rompak, dah lama saya rompak hutan (balak) di sini (Pahang).

Saya tak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tak ambil, saya tak ambil lombong bauksit, saya tak ambil apa-apa.

"Bila saya jadi Perdana Menteri, saya tak ubah pendirian saya, saya tidak ambil harta rakyat, jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya Perdana Menteri untuk rakyat."

Ewah..ewah...

Ini pula ucapan Muhyiddin Yassin dua hari lalu - "saya bukan jahat. 

Saya hanya mahu menyelamatkan UMNO dan satu-satunya cara untuk berbuat demikian ialah dengan menuntut Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan kemudian Presiden UMNO.

"Bila kita kata mahu deklarasi, mereka (pembangkang) juga nak buat, takkan itu pun salah saya?"

Haah...takkan tandatangan deklarasi boleh dicop sebagai jahat?

Antara ungkapan Najib dan Muhyiddin itu, siapa agaknya yang mahu kita percayai?

Kita mahu percaya kata-kata Najib, "jangan ingat saya penyangak" atau lafaz kata Muhyiddin, "saya bukan jahat"?

Tapi, sebelum itu jangan lupa...bab duit masuk dalam akaun peribadi yang mulanya mati-mati dinafikan, kenapa jadi betul akhirnya?


Kebal betul muka Najib.. pakai pendinding muka kot.. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.