`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, March 18, 2016

Seorang Maut Kes Pertama Strok Haba



SEORANG pelatih konstabel lelaki polis, Azizan Ayon, 23, dilaporkan menjadi mangsa pertama kes melibatkan cuaca panas serta kering melampau yang melanda negara pada ketika ini.

Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat strok haba ketika menerima rawatan di sebuah wad Hospital Daerah Segamat (HDS) di Johor pada Rabu (16 Mac), selepas pitam pada majlis suai kenal, kelmarin.

Menurut Pegawai Latihan Luar Pusat Latihan Polis (Pulapol) Segamat di Batu Anam, Asisten Superintendan Muzammil Mohammad Mor, allahyarham dimasukkan ke hospital selepas pitam dan disedari rakan-rakan pelatih.

Ketika itu berlangsung majlis suai kenal di kawasan padang kawad di pusat latihan tersebut kira-kira jam 10 pagi kelmarin.


“Pihak hospital memaklumkan bahawa arwah meninggal dunia dipercayai berpunca dari sistem sel dalam badan tidak berfungsi walaupun dengan bantuan mesin pernafasan,” katanya sebagaimana lapor portal Harian Metro.

Tambah beliau lagi, arwah masih bujang dan berasal dari Tanjung Kling, Melaka.

Jenazahnya telah dibawa pulang ke kampung halaman oleh keluarga terdekat untuk dikebumikan.

Allahyarham antara 467 pelatih konstabel lelaki yang didaftarkan diri ke Pulapol Segamat yang dijangka menamatkan latihan asas kepolisan pada 11 September ini.

Sementara itu, Pengarah HDS, Dr. Aman Rabu mengesahkan pihaknya menerima pesakit dan punca kematian akibat strok haba yang menyebabkan sistem sel dalam badan tidak berfungsi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.