`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 20, 2016

Terdedah Pula Hubungan ‘Istimewa’ Guan Eng Dengan Miss Phang?

tokongAIDCNews – 19/3/16 –Apa hubungan ‘istiewa’ Lim Guan Eng dengan Miss Phang Li Koon, pemilik asal rumah banglo di Jalan Pinhorn yang pada mulanya disewa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan kemudiannya dibeli beliau ?
Dalam jawapan Guan Eng semalam berkaitan isu skandal rumah banglo di Jalan Pinhorn, beliau menyifatkan kontrak pembelian banglo yang berharga RM2.8 juta itu seumpama seperti ‘perkahwinan’ kerana kedua-dua belah pihak secara rela hati untuk memutuskan harga yang sesuai atau ‘teman’ yang sesuai.
“Ini adalah transaksi ‘bebas dan rela hati’ antara saya dan penjual berasaskan dasar kesanggupan secara rela hati pembeli dan penjual.
“Penjual merupakan individu persendirian melalui sub jualan, dan bukan merupakan pemaju perumahan,” katanya kepada pemberita.
Isu hubungan istimewa Guan Eng dengan Miss Phang, pemilik banglo di Jalan Pinhorn itu pernah dibangkitkan laman Stop The Lies pada tahun 2012.
“Rakyat mesti tertanya-tanya kenapa Guan Eng melindungi wanita itu (Miss P) dengan begitu hebat. Menurut sumber DAP, pemimpin yang dihormati itu (Guan Eng) marah apabila sumber maklumat The Star itu diperolehi daripada anggota exco negeri Phee Boon Poh yang juga merupakan sepupu kepada wanita itu (Miss P). Keesokan harinya, The Star berlari-lari membetulkan laporannya..
“Wanita itu (Miss P), diberitahu pada asalnya hanya seorang ejen pembantu rumah sebelum pilihan raya 2008. Walau bagaimanapun, wanita itu menjadi kaya raya selepas Guan Eng menjadi Ketua Menteri. kini orang mula tertanya-tanya sama ada wanita itu adalah “teman wanita” Guan Eng selepas dia mengeksploitasi Xiao Hong aka Rainbow.
“Guan Eng perlu memberitahu orang ramai mengapa wanita itu (Miss P) mempunyai begitu banyak wang untuk membeli sebuah banglo mewah dan mempunyai usahasama perniagaan dengan seorang ahli perniagaan Sabah dalam masa beberapa bulan selepas Guan Eng menjadi Ketua Menteri.
“Dia (Guan Eng) juga tidak menjawab mengapa wanita itu (Miss P) menghabiskan begitu banyak wang untuk mengubahsuai banglo sebelum memberi sewa kepadanya kira-kira RM 9,000 sebulan! Sehingga kini, Guan Eng tidak berani menunjukkan kontrak sewa rumah banglonya,” dedahnya.
Stop The Lies membuat pendedahan itu sebagai mengulas tindakan Guan Eng menyerang wartawan The Star, Joceline Tan selepas pendedahannya berkaitan dengan seorang wanita bernama Miss P dan kaitan dengan projek tanah di Taman Manggis.
“Wartawan The Star, Joceline Tan mendapati dirinya sasaran LGE selepas dia melakukan kesilapan dengan menyatakan bahawa wanita yang memiliki banglo itu (Miss P) yang disewa sebagai kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang adalah isteri seorang pemegang saham dalam syarikat Kuala Lumpur yang telah membeli tanah Taman Manggis.
“Kita diberitahu bahawa dia (Guan Eng) telah menghantar e-mel memarahi editor The Star dan mengancam untuk menyaman akhbar itu – walaupun akhbar itu telah penjelasan dua kali dan telah menyatakan kekesalan mereka.
“Rakyat Pulau Pinang kini tertanya-tanya mengapa Guan Eng begitu emosi dan memberi “perhatian khas” kepada wanita itu (Miss P). Sebaliknya, wanita itu tidak bertindak balas walaupun kesilapan yang telah dibuat oleh The Star.
“Mengapa Ketua Menteri begitu marah dengan perkara itu? Ada yang berkata: Guan Eng mungkin mempunyai hubungan “istimewa” dengan wanita itu,”dedahnya lagi.
mis phang-pee

Keratan di bawah ini diangkat dari http://mediaastakona.blogspot.my/

SATURDAY, 30 MARCH 2013

Percaya woooo . . . . LimGuanEng

Guan eng salah pengiraan...biarlah allah memberikan kebenaran













Ramai yang tak tahu bahawa DAP di P.Pinang sudah semakin hilang kepercayaan dari rakyat negeri ini.. Ramai juga yang tak sedar bahawa Lim Guan Eng kini semakin hilang pengaruh dikalangan masyarakat cina sendiri.. Jika sesiapa yang rajin menelaah akhbar cina tempatan, mereka pastinya tahu bahawa DAP dan Lim Guan Eng di P.Pinang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan menjelang PRU13..DAP negeri dikaitkan dengan penyelewengan tanah serta kemelut kronisme yang maha dahsyat.. 

Lim Guan Eng pula bergelut untuk menafikan isu skandal dengan wanita simpanan seperti yang didedahkan oleh pemimpin MCA di sidang Dewan Undangan negeri Melaka tak lama dulu.. Malah,ada khabar angin yang mengatakan Ketua Menteri tersebut mempunyai hubungan sulit dengan lebih dari seorang wanita.. Betul atau tidak khabar angin itu, hanya dia yang mampu menjawabnya..

Walaupun ada yang berkata perbuatan menyimpan wanita simpanan dikalangan masyarakat cina adalah biasa, namun ramai orang cina di P.Pinang tak dapat menerima perbuatan Ketua Menteri DAP tersebut.. Orang cina melihat kecurangan Guan Eng terhadap isterinya sebagai satu signal bahawa dia tak lagi bersih untuk mentadbir negeri.. Malangnya, tiada pemimpin DAP yang layak menggantikan cina kiasu dari Melaka tersebut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.