`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, March 23, 2016

UMNO Ternyata Amat Takut Dengan Billboard



Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar tidak meluluskan papan iklan berbentuk politik sekiranya ia bukan dalam tempoh kempen pilihan raya.

Timbalan Menterinya Datuk Dr Nur Jazlan Mohamed berkata PBT tidak sepatutnya terbabit dengan agenda politik mana-mana parti di negara ini.

"PBT janganlah berpolitik. Mana ada PBT yang benarkan papan iklan berbentuk politik. Papan iklan berbaur politik tak boleh dikeluarkan PBT.

"Polis akan bertindak jika (papan iklan) itu dianggap tidak sesuai," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen semalam.

Nur Jazlan ditanya mengenai papan iklan #BebasAnwar di beberapa lokasi antaranya Ampang, Subang Jaya dan Klang yang dikatakan berbaur hasutan serta menghina keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhihukuman ke atas Anwar.


Menurut Nur Jazlan, tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menurunkan papan iklan berkenaan adalah tepat dan mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Polis.

Sementara itu, tiga iga papan tanda #BebasAnwar yang dipamerkan di sekitar Ampang Jaya telah diturunkan kerana dipercayai mempunyai unsur hasutan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata kandungan papan tanda dengan gambar bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta perkataan 'tahanan politik' didapati menghina serta mencabar institusi kehakiman negara.

"Sebanyak tiga papan tanda telah ditanggalkan oleh pihak polis dan kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan telahpun dibuka berhubung perkara ini," katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya juga diminta untuk menurunkan papan tanda berkenaan bagi memastikan tiada lagi bantahan dan kekecohan berlaku.

Mengulas mengenai tindakan beberapa individu yang mengugut untuk membakar papan tanda itu, Hamzah berkata polis telah mengambil keterangan daripada Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Selangor Datuk Jamal Md Yunos dan Exco

Pemuda Umno Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah semalam.

Katanya, dua kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, Jamal dan Armand Azha tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya ada 3 petang semalam.

Kira-kira 200 penyokong dan 13 peguam turut berkumpul di hadapan IPD Ampang Jaya sebagai tanda sokongan kepada mereka.

Rabu lepas, Jamal yang mengetuai sekumpulan individu menampal kain rentang pada papan tanda #BebasAnwar di Ampang Jaya sebagai tanda protes selain menggugut untuk membakarnya.

Armand Azha dipanggil untuk memberi keterangan selepas memuat naik video di laman YouTube dan mengugut untuk membakar papan tanda berkenaan pada Sabtu lepas.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.