`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 12, 2023

Bayan Lepas tak memihak saya, Lau akur tewas

 

Dominic Lau mendakwa Gerakan menang di dua daripada 36 kerusi ditandingi pada PRN enam negeri.

SHAH ALAM: Presiden Gerakan Dominic Lau berkata keputusan semasa kerusi DUN Bayan Lepas, Pulau Pinang, ditandinginya tidak memihak kepada Perikatan Nasional (PN).

“Ketika ini (keputusan) tidak berapa positif,” katanya ringkas ketika tiba di lokasi perhimpunan kepimpinan PN pusat.

Keputusan rasmi di DUN Bayan Lepas menyaksikan timbalan pengerusi PN itu kecundang di tangan penyandang kerusi berkenaan, Azrul Mahathir Aziz daripada Pakatan Harapan (PH) selepas ketinggalan 1,889 undi.

“Saya ucapkan tahniah kepada Azrul.”

Bagaimanapun, Lau mendakwa Gerakan menang di dua daripada 36 kerusi ditandingi pada PRN enam negeri.

“Keputusan tidak rasmi menunjukkan kita dapat Kulim dan Bakar Arang (Kedah),” katanya.

PN dilaporkan menang 24 kerusi di Kedah, melepasi 19 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.