`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, August 18, 2023

Henti kongsi gambar mangsa nahas pesawat

 

Pesawat Beechcraft Model 390, yang membawa lapan individu termasuk dua anak kapal, dan seorang exco Pahang terhempas di Lebuhraya Guthrie dekat Elmina, petang semalam. (Gambar Wikipedia)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) meminta semua pihak berhenti menyebar atau berkongsi lanjut gambar serta video mangsa tragedi pesawat di Elmina, semalam, bagi menghormati keluarga mangsa.

Dalam kenyataan SKMM berkata, sebarang perkongsian kandungan melibatkan mangsa nahas boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Berkongsi gambar mahupun rakaman video mangsa nahas berkenaan bukan sahaja boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa malah melanggar prinsip serta etika paling asas.

“Adalah penting untuk semua individu untuk membuat pertimbangan sewajarnya dengan menurunkan gambar mangsa tragedi dan tidak menyebar atau berkongsi lanjut kandungan berkenaan,” katanya.

Pesawat Beechcraft Model 390, yang membawa lapan individu termasuk dua anak kapal, dan seorang exco Pahang terhempas di Lebuhraya Guthrie petang semalam.

Pemandu kereta dan penunggang motosikal turut maut selepas dirempuh pesawat malang itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.