`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, August 18, 2023

Akan maklum SPR kekosongan DUN Pelangai, kata speaker

 

Yang Dipertua DUN Pahang, Sharkar Shamsudin berkata pihaknya akan membantu menyelesaikan urusan pengebumian Allahyarham Johari Harun terlebih dahulu, sebelum mengambil tindakan lanjut.

KLANG: Kekosongan DUN Pelangai akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam masa terdekat susulan kematian Adun Johari Harun dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie dekat Bandar Elmina, Shah Alam semalam.

Yang Dipertua DUN Pahang, Sharkar Shamsudin berkata pihaknya akan membantu menyelesaikan urusan pengebumian Allahyarham Johari terlebih dahulu, sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

“Apa-apapun kita mahu selesaikan urusan jenazah ini terlebih dahulu,” katanya di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini, malam tadi.

Johari, 53, yang juga pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang antara 10 mangsa terkorban dalam nahas Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas semalam.

Sharkar berkata, Johari menaiki pesawat itu atas urusan rasmi. Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat bersama Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail di Langkawi.

“Mulanya saya keliru sebab ada banyak Johari (di Pahang), tetapi apabila melihat nombor kad pengenalan bermula 1970 bermakna 53 tahun dan kita dapat jangka Johari Harun yang meninggal dunia.”

Beliau menyifatkan Johari rajin dan sentiasa mendapatkan nasihat daripadanya berkaitan politik. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.