`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, August 24, 2023

Kebocoran kimia dikesan di kilang Pasir Gudang

 

Bomba berkata hasil pemeriksaan mendapati berlaku kebocoran bahan kimia pada injap saluran bahan kimia di kilang itu. (Gambar Facebook JBPM)

JOHOR BAHRU: Sebuah kilang dikesan mengalami kebocoran bahan kimia jenis “Styrene Monomer” di Jalan Pekeliling, Pasir Gudang, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Pasir Gudang Sarhan Akmal Mohamad, berkata enam anggota dari Balai Bomba Pasir Gudang dan lapan anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Balai Bomba Larkin dikejarkan ke kilang itu selepas menerima laporan.

Beliau berkata, pada mulanya Balai Bomba Pasir Gudang menerima maklumat berhubung pencemaran bau di kawasan tersebut pada jam 5.21 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati berlaku kebocoran bahan kimia pada injap saluran bahan kimia di kilang itu,” katanya, dalam kenyataan.

Beliau berkata kilang terbabit yang mempunyai Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) memerlukan bantuan Hazmat untuk menutup injap saluran tersebut dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Katanya, setakat ini, keadaan di lokasi kejadian terkawal dan tiada laporan atau aduan diterima daripada orang awam, sama ada mengalami gejala pening dan sebagainya akibat kejadian itu.

Beliau turut menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu yang tular di media sosial kerana boleh menggugat ketenteraman awam serta menimbulkan kerisauan kepada penduduk setempat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.