`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, August 8, 2023

KJ bantu kempen calon PN Jeram

 

Khairy Jamaluddin berkempen untuk calon Perikatan Nasional DUN Jeram Harisson Hassan di Puncak Alam dalam satu video tular.

PETALING JAYA: Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hadir berkempen untuk calon Perikatan Nasional (PN) DUN Jeram Harisson Hassan di Puncak Alam hari ini.

Dalam satu video tular di TikTok Bersatu N12 Jeram, bekas menteri kesihatan itu berkata beliau keluar berkempen kerana merasakan Harisson boleh menjadi wakil rakyat yang baik.

“Harisson boleh jadi wakil rakyat yang bagus, kalau tak sesuai saya tak keluar sokong,” katanya dalam video yang tular.

Harisson, bekas timbalan ketua Umno Sungai Buloh dipecat selepas bertanding menentang calon BN Jahaya Ibrahim pada PRN 12 Ogos ini.

Pada Mei lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu kepada Khairy jika bekas Ahli Parlimen Rembau menyertai parti itu.

Tawaran itu dikemukakan selepas Khairy dipecat Umno dan bagi mengukuhkan PN menjelang PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Bagaimanapun, Khairy tidak memberikan sebarang jawapan sehinggalah pada episod terbaru Keluar Sekejap pada bulan lalu.

Khairy memohon “masa tambahan” untuk memikirkan tawaran menyertai Bersatu yang dibuat Muhyiddin.

Selepas itu, Muhyiddin enggan mengulas lagi mengenai tawaran kepada Khairy. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.