`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, August 20, 2023

Nahas pesawat: Baki 9 jenazah dibenar tuntut hari ini

 

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, berkata keputusan menyerahkan jenazah kepada waris dibuat selepas selesai ujian DNA. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Baki sembilan jenazah nahas pesawat persendirian Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, Khamis lalu akan diserah kepada waris mulai 9 pagi hari ini.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata penyerahan itu dapat dibuat selepas padanan dapat dilakukan terhadap semua ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Kita telah buat keputusan dan kenal pasti semua identiti mayat perolehi tempat pencarian tersebut.

“Esok (hari ini) pagi kita akan serahkan jenazah bersama pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR),” katanya menurut Kosmo ketika ditemui di luar pekarangan Jabatan Forensik HTAR, Klang malam tadi.

Hussein berkata, jenazah akan dibawa ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah untuk diuruskan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Jenazah pertama mangsa nahas pesawat Muhamad Hafiz Muhamad Salleh telah dituntut dan dikebumikan di Sungai Petani, Kedah hari ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.