`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, August 13, 2023

Pemancing jatuh laut ditemui lemas

 

Bomba berkata mangsa terjatuh ke dalam laut ketika memancing berhampiran sangkar ikan di Pulau Aman, Batu Kawan, Pulau Pinang. (Gambar JBPM)

NIBONG TEBAL: Seorang lelaki ditemui mati lemas selepas terjatuh ketika memancing di laut berhampiran sangkar ikan di Pulau Aman, Batu Kawan.

Pegawai Operasi Balai Bomba Batu Kawan Azmi Tahar berkata, mayat Mohammad Azali Mohd Azrin, 28, yang dilaporkan terjatuh ke dalam laut kira-kira 11.42 pagi ditemukan pada 4.14 petang ini.

“Bomba menerima maklumat seorang lelaki terjatuh ke dalam laut ketika sedang memancing dan kami menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebelum mayatnya ditemukan kira-kira 4.8km dari tempat dia terjatuh,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada 5.23 petang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.