`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, August 22, 2023

Speaker diumum serentak sidang DUN Selangor bulan depan, kata Amirudin

 

Nama speaker DUN Selangor akan diumumkan selepas sambutan Hari Malaysia, serentak dengan sidang pertama, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Nama speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan diumumkan serentak pada mesyuarat pertama persidangan DUN yang dijadual selepas sambutan Hari Malaysia, bulan depan, kata Amirudin Shari.

“Kita akan umum selepas Hari Malaysia sebab dewan dijangka mengangkat sumpah dan pembukaan sidang selepas itu… jadi pelantikan speaker dengan sidang pertama tu akan dibuat serentak,” kata menteri besar Selangor itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perhimpunan penjawat awam dan pelancaran kempen Jalur Gemilang peringkat Selangor.

Speaker DUN Selangor pada penggal sebelum ini diisi oleh Adun Sekinchan dari DAP Ng Suee Lim. Beliau dilantik sebagai exco selepas mempertahankan kerusi berkenaan pada PRN 12 Ogos lalu.

Kepimpinan DAP sebelum ini meletakkan syarat jawatan speaker diberikan kepada parti itu sebagai pertukaran menyerahkan DUN Dusun Tua kepada Umno pada PRN.

Setiausaha Agungnya, Loke Siew Fook berkata parti mencadangkan bekas Adun Banting Lau Weng San untuk dilantik sebagai speaker DUN Selangor bagi penggal ini.

Mengenai portfolio 10 exco kerajaan negeri, Amirudin yang juga pengerusi PH Selangor berkata beliau akan berjumpa Perdana Menteri Anwar Ibrahim lewat hari ini untuk memuktamadkan senarai berkenaan sebelum diumumkan kepada semua exco pada mesyuarat pertamanya esok.

Katanya, beberapa portfolio juga akan dijenamakan semula bagi melancarkan pentadbiran antara kerajaan negeri dan pusat khususnya melibatkan kos sara hidup dan perubahan iklim.

“Malam nanti saya akan bersama PMX (Anwar) untuk memuktamadkan senarai (portfolio).

“Kita terpaksa selaraskan balik dengan peringkat persekutuan sebab akhirnya tugasan kita perlu berurus tadbir dengan pihak kerajaan pusat,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.