Untuk menilai sama ada lagu itu baik atau tidak adalah subjektif. Ia merangkumi segenap segi dari kesedapan melodinya, kesenian kata-katanya, kehebatan penyanyinya, nilai komersialnya lagi, semuanya perlu diambil kira.
Dalam hal ini kita terperangkap dengan pihak ‘establishment’ yang berjaya meyakinkan orang awam bahawa merekalah badan autoriti dalam menentukan sesebuah lagu tersebut terbaik dan layak diberikan penghargaan.
Badan tersebut mungkin hanya sebuah stesen televisyen atau stesen radio dan mereka menganjurkan sebuah pertandingan lagu popular tahunan. Di penghujung tahun, sebuah lagu akan dinobatkan sebagai terbaik setelah berentap dengan beberapa lagu yang mereka ‘pilih’ mengikut selera dan kesesuaian konsep mereka.
Kita semua pun menerimanya dan turut sama meraikan bahawa lagu yang mereka nobatkan juara itu adalah lagu terbaik pada tahun tersebut. Persoalannya di sini, apakah lagu yang tidak termasuk langsung dalam senarai program mereka sepanjang tahun itu bukan lagu yang baik? Ada atau tidak sebenarnya lagu yang lebih baik daripada juara tersebut? Begitu juga lagu-lagu di stesen radio.
Kawan saya, seorang komposer dan penyanyi tersohor tanah air menelefon saya bertanya sama ada saya mahu menulis lirik lagu ciptaannya atau tidak. Saya jawab, mahu. Seperti sebelum-sebelum ini dia pun menghantar melodi yang masih berbunyi ‘la la la’ itu untuk saya isikan lirik.
Menariknya semenjak dahulu walaupun teknologi semakin moden; proses penciptaan sesebuah lagu kekal seakan sebuah kraf purba yang tak berubah kaedahnya. Bermula dengan chord yang melodinya la la la, kemudian dimasukkan pula lirik. Oh ya, sebenarnya saya kurang gemar guna perkataan ‘lirik’ (lyric) – saya suka perkataan ‘seni kata’.
Satu cara lagi penciptaan lagu ialah ada susunan kata-kata yang sudah sedia seperti rangkap-rangkap sajak atau seloka, kemudian dimasukkan melodi kepadanya. Jadilah sebuah lagu! Begitu.
Biasanya bila saya diminta oleh kawan saya itu untuk menulis seni kata, saya akan bertanya dahulu serba-sedikit apa yang dia kehendaki. Kisah cinta ke, kisah hendak pulihkan kembali semangat ke, cita-cita ke.
“Tak payah berat-berat sangat ceritanya. Budak (penyanyi yang bakal menyanyikan lagu tersebut) baharu. Biasa-biasa je,” katanya selain memberitahu penyanyi tersebut lelaki atau wanita.
Ini penting sebab ada seni kata yang tak sesuai untuk lelaki, ada pula seni kata yang tak sesuai untuk wanita dan ada juga seni kata yang ‘unisex’. Tak sesuai kalau penyanyi lelaki menyanyi dengan seni kata berbunyi ‘ambillah aku menjadi milikmu’.
Fitrah maskulin ialah si lelaki yang mencari. Kalau si lelaki pula yang beria hendak dimiliki itu nampak macam tak ‘gentle’. Kalau wanita pula tak sesuailah seni katanya ‘akan ku bawa kau ke mahligaiku’. Bukan tak boleh, tapi tak sesuailah. Begitulah contoh yang biasa dengan adat kita melainkan ada cerita luar biasa yang kita nak bawa, mungkinlah ada kelainan dan hukumnya akan jadi ‘harus’.
Apabila terbabit dalam pembikinan kerja sebegini saya mula terfikir. Bayangkan semasa anda mendengar sebuah lagu, sebenarnya anda telah menikmati sebuah hasil kerja seni yang melibatkan ramai pihak di belakangnya. Ia merupakan sebuah industri. Ia bermula dari kepala seorang pencipta melodi, pencipta seni kata, pemuzik, penyusun muzik, penyanyi dan jurutera bunyi semuanya.
Yang orang nampak hanya penyanyinya sahaja tetapi hakikatnya pada sebuah lagu itu ada ramai yang berpeluang ‘cari makan’. Maka, pada sebuah lagu itu jugalah nasib setiap pendokongnya diperjudikan. Kalau lagu itu sedap dan diterima oleh pendengar, ke semua yang terlibat di belakangnya akan mendapat royalti sehinggalah boleh diwarisi oleh ahli keluarganya.
Kalau lagu itu tak diterima, buta-buta sahaja lagu tersebut akan dilupakan dan tenggelamlah ia. Apa boleh buat, memang macam itulah nasib sesebuah karya seni tidak kiralah lagu, buku, filem, lukisan atau sebagainya. Sama ada ia sebuah karya yang baik atau juga ia sebuah karya sampah.
Apa dia karya sampah? Sampah bermaksud benda yang tak berguna dan tak bermanfaat kepada kita. Jadi, walaupun ada karya yang kita amati kita anggap sangat baik dan cukup berseni tetapi tidak bermanfaat langsung bagi sesetengah orang maka bagi mereka karya itu adalah sampah.
Pemikiran dan penerimaan setiap manusia itu berbeza-beza. Ada yang menganggap sesebuah lagu itu hanya sekadar hiburan sahaja. Bagi dirinya tak perlu berat-berat sampai nak kena fikir teruk-teruk apa maksudnya.
Untuk penggemar lagu dengan seni kata berat-berat dan dalam-dalam, lagu cengeng meleleh itu adalah sampah yang cukup meloyakan bagi dirinya. Dari sinilah timbulnya konsep seni untuk seni, seni untuk hiburan, seni untuk masyarakat. Huh! Panjang kalau nak cerita bab ini.
Untuk menilai sama ada lagu itu baik atau tidak adalah subjektif. Ia merangkumi segenap segi dari kesedapan melodinya, kesenian kata-katanya, kehebatan penyanyinya, nilai komersialnya lagi, semuanya perlu diambil kira.
Dalam hal ini kita terperangkap dengan pihak ‘establishment’ yang berjaya meyakinkan orang awam bahawa merekalah badan autoriti dalam menentukan sesebuah lagu tersebut terbaik dan layak diberikan penghargaan.
Badan tersebut mungkin hanya sebuah stesen televisyen atau stesen radio dan mereka menganjurkan sebuah pertandingan lagu popular tahunan. Di penghujung tahun, sebuah lagu akan dinobatkan sebagai terbaik setelah berentap dengan beberapa lagu yang mereka ‘pilih’ mengikut selera dan kesesuaian konsep mereka.
Kita semua pun menerimanya dan turut sama meraikan bahawa lagu yang mereka nobatkan juara itu adalah lagu terbaik pada tahun tersebut. Persoalannya di sini, apakah lagu yang tidak termasuk langsung dalam senarai program mereka sepanjang tahun itu bukan lagu yang baik? Ada atau tidak sebenarnya lagu yang lebih baik daripada juara tersebut? Begitu juga lagu-lagu di stesen radio.
Hanya sebuah lagu dari sepuluh lagu dalam sesebuah album akan popular. Semestinya lagu itu lagu cinta. Lagi sembilan lagu yang mungkin bercerita tentang kemanusiaan, kemasyarakatan, patriotik atau kerohanian kira hangus macam itu sahaja. Lagu putus cinta itulah yang dipilih oleh stesen radio untuk dihidangkan kepada pendengar. Nasib baik, lagu tersebut popular. Nasib tak baik, lagu tersebut tercampak awal-awal. Melingkup teruslah sebuah album yang mana kerja-kerja penghasilannya dilakukan oleh sekumpulan pekerja industri kreatif. Nasib!
Ada juga karya yang ‘hampeh’ tapi dikenang orang sepanjang masa. Ada karya yang baik tetapi hanya diiktiraf setelah penciptanya mati. Ada karya yang baik tetap tidak diperkatakan oleh orang walaupun penciptanya sudah berabad mati. Bak kata Roslan Aziz, lejen dalam industri muzik tanah air – kalau karya kau bagus, kau tinggalkan barang yang bagus. Tapi kalau karya kau macam ‘tahi’, kau mati orang akan kenang kau sebagai pengkarya tahi.
Tet! Tet! Bunyi ‘wasap’ masuk. Kawan saya si komposer bertanya, ‘apa macam? Ada progress?’
Alamak! Dah tiga hari. Saya masih belum buat apa-apa lagi pada melodi yang dipinta olehnya untuk buat seni kata. Saya termenung seketika. Nak buat terbaik atau nak buat sampah? Apakah nasib saya? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.