`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 10, 2024

4,000 liter diesel disorok di bangsal kebun pisang

 

sorok diesel kedah
Pasukan serbuan KPDN Kedah menyita minyak diesel yang disorok di sebuah bangsal kosong dekat Changlun, selain 3 tangki, 9 tong drum dan peralatan memindah diesel. (Gambar KPDN)

PETALING JAYA
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita sebanyak 4,000 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM11,800, yang disimpan tanpa lesen dan permit sah di sebuah bangsal kosong dekat Changlun, Kedah, pagi tadi.

Pengarah KPDN Kedah Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan pada 11 pagi itu dijalankan berdasarkan risikan oleh pihaknya sebelum ini.

Ketika serbuan, tiada individu berada di bangsal tersebut, yang terletak di kawasan kebun pisang di Kampung Kepala Kerbau, tambahnya.

Pemeriksaan lanjut menemukan sejumlah minyak diesel yang disimpan di dalam bangsal tersebut tanpa lesen atau permit yang sah,
 katanya, lapor Bernama.

Pasukan serbuan kemudian bertindak menyita minyak diesel tersebut berserta tiga unit tanki, sembilan unit tong drum dan peralatan yang digunakan untuk memindah barang kawalan tersebut dengan jumlah sitaan keseluruhan sebanyak RM13,150.

Nizam berkata, minyak diesel itu dipercayai disimpan di lokasi terbabit sebelum diseludup ke negara jiran.

Berdasarkan risikan, lokasi tersebut baru beroperasi kira-kira tiga minggu dan minyak diesel yang disimpan di situ disyaki diperoleh daripada stesen-stesen minyak berhampiran,
 katanya.

Nizam berkata, bagi mengekang sebarang ketirisan barangan bersubsidi, KPDN melaksanakan rondaan di stesen minyak berhampiran sempadan negara, penugasan di pintu keluar sempadan dan risikan.

Kita juga menempatkan pegawai secara statik di enam buah stesen minyak berhampiran sempadan yang merekodkan jualan petrol dan diesel yang tinggi bagi mendapatkan jumlah jualan sebenar semua stesen minyak berkenaan,
 katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.