`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 14, 2024

Amiruddin Abdul Satar tamat perkhidmatan sebagai pengarah besar Felda

 

Free Malaysia Today
Felda berkata, Amiruddin Abdul Satar tegas dalam kawalan kos dan peningkatan hasil operasi. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR
Amiruddin Abdul Satar menamatkan perkhidmatan sebagai pengarah besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini selepas empat tahun menerajui agensi itu.

Felda dalam kenyataan, memaklumkan sepanjang tempoh itu, Amiruddin, 60, telah memimpin agensi berkenaan mengharungi pelbagai cabaran dengan penuh dedikasi dan visi yang jelas terutama ketika pascapandemik Covid-19.

Selain itu, beberapa inisiatif penting telah dilaksanakan termasuk pelaksanaan Kertas Putih: Ke Arah Kelestarian Felda yang merangka sebuah model Felda Baharu.

“Model ini bukan sahaja memperkukuh asas organisasi malah turut memberikan manfaat langsung kepada warga peneroka serta meningkatkan kesejahteraan komuniti Felda.

Sepanjang menerajui Felda sejak 15 Okt 2020, beliau berjaya memulihkan kewangan melalui langkah pembaharuan dan pengurusan cekap,
 menurut kenyataan itu.

Pendekatan tegas Amiruddin dalam kawalan kos dan peningkatan hasil operasi meletakkan Felda kembali di landasan stabil, selain turut menekankan ekosistem holistik, kecekapan operasi, dan pengurusan sumber bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang yang mampan serta berdaya tahan.

“Asas yang dibina ini akan menjadi panduan untuk kejayaan Felda pada masa hadapan.

Seluruh pengurusan dan warga Felda ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Amiruddin atas kepimpinan beliau yang luar biasa, komitmen tidak berbelah bahagi serta perkhidmatan cemerlang yang dicurahkan sepanjang tempoh mengetuai Felda,
 menurut kenyataan itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.