`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, January 17, 2025

2 penyeludup kayu bakau terjun laut elak dicekup

 

Free Malaysia Today
Pemeriksaan mendapati bot itu sarat dengan muatan 50 batang kayu bakau dan kes disiasat bawah Akta Perhutanan Negara 1984. (Gambar APMM)

SHAH ALAM
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menggagalkan cubaan menyeludup 50 batang kayu bakau berdekatan Jeti Pulau Ketam, Klang, semalam.

Pengarah Maritim Selangor, Abdul Muhaimin Muhammad Salleh, berkata rampasan kira-kira 11.30 malam itu susulan risikan di sekitar perairan negeri ini.

“Bot Maritim Malaysia yang bertugas telah diatur gerak untuk melakukan tangkapan dan setibanya di lokasi, bot fiber tanpa nombor pendaftaran itu cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa dengan dua lelaki telah bertindak terjun ke laut dan berenang ke daratan untuk menyelamatkan diri.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan sarat dengan muatan 50 batang kayu bakau dan kes disiasat bawah Akta Perhutanan Negara 1984, iaitu memindahkan hasil hutan tanpa lesen atau permit yang sah,” katanya dalam kenyataan.

Muhaimin berkata, bot fiber serta muatan berkenaan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.