
Beliau berkata, 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.
“Memang kita ada berhubung dengan ibu bapa, ada mempunyai minat untuk menuntut balik anak mereka tetapi atas sebab tidak kita ketahui, ada juga tidak jadi ambil.
“Jadi kita mengharapkan kalau itu anak mereka, kita perlu beri keutamaan … ,” katanya kepada pemberita selepas Program Sanjungan Ilmu anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) hari ini.
Beliau berkata, daripada 80 kanak-kanak itu juga, enam diperintahkan mahkamah untuk terus tinggal di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama tiga tahun, mengikut Seksyen 30(1)(d) Akta Kanak-kanak 2001.
“Ada sebab-sebab tertentu seperti isu berkaitan ibu bapa mereka,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan seramai 560 kanak-kanak, iaitu 283 lelaki dan 277 perempuan, ditempatkan di pusat perlindungan selepas JKM mendapat perintah jagaan sementara daripada mahkamah bagi tempoh dua bulan mengikut peruntukan Seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.