
Dalam kejadian itu, salah seorang mangsa, Amran Amir, 34, dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu oleh jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut.
Manakala seorang lagi mangsa, Sharif Faizul, 38, menerima rawatan di lokasi kejadian oleh pasukan EMRS.
Kedua-dua mereka dilaporkan stabil.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Noor Sherriyana Bohari, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 11.59 malam.
Katanya, mereka menggerakkan 37 pegawai dan anggota dengan dibantu BBP Penampang dan Kota Kinabalu bersama empat jentera ke lokasi kejadian.
“Setiba di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran membabitkan sebuah rumah atas kedai tingkat empat terbakar sepenuhnya.
“Pasukan bomba memadam kebakaran menggunakan tiga aliran, empat pancutan dari sumber air pili bomba berdekatan dan jentera,” katanya ketika dihubungi, menurut Berita Harian.
Katanya, dua anggota bomba terbabit terkena renjatan elektrik ketika memadam kebakaran.
“Tiada mangsa awam dilaporkan terbabit dan operasi terkawal pada 12.40 tengah malam. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.