
Seekor ikan lumba-lumba ditemui mati di pesisiran Pantai Teluk Bahang berhampiran sebuah kuil Hindu di George Town, semalam.
Jabatan Perikanan Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Cawangan Konservasi dan Perlindungan bergegas ke lokasi selepas menerima laporan orang awam.
“Berdasarkan pemerhatian, bangkai ikan lumba-lumba tersebut jenis Irrawaddy Dolphin dan dianggarkan berukuran 1.98m,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, bangkai itu ditanam di kawasan berhampiran mengikut prosedur dan langkah pelupusan sesuai.
Katanya, ia mengalu-alukan kerjasama orang awam melaporkan sebarang kematian mamalia marin di perairan Pulau Pinang bagi tujuan pemantauan dan pemuliharaan sumber marin. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.