`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 12, 2025

Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja hilang sejak Rabu

 

Free Malaysia Today
Puteri Nur Allysha Mayzarah Mohd Azri dilaporkan hilang oleh ibunya pada Rabu. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA
Polis minta kerjasama orang ramai dalam usaha mengesan remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Puteri Nur Allysha Mayzarah Mohd Azri diminta melaporkan kepada pihaknya.

Katanya, polis menerima laporan daripada ibu remaja berkenaan pada hari sama.

Menurutnya, berdasarkan laporan ibu remaja terbabit menyedari anak perempuannya hilang selepas mendapati dia tiada di rumah di Kampung Pandan, Kuantan, pada 4.30 petang.

“Ibu remaja itu keluar mencari dan cuba menghubungi melalui telefon tetapi gagal. Bimbang keselamatan anaknya, ibu itu membuat laporan polis pada 8.10 malam hari sama.

“Kali terakhir ibu bertemu anak perempuan bongsu daripada tiga beradik itu pada 12 tengah hari, hari sama,” katanya menurut Berita Harian.

Wan Zahari meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu ke balai polis berhampiran. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.