`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


Saturday, April 19, 2025

Adun, Ahli Parlimen tewas dalam pemilihan PKR P Pinang

 Fahmi Zainol dan Bakhtiar Wan Chik tewas namun Fadhlina Sidek dan Nurul Izzah Anwar bertahan.

fahmi zainol n Bakhtiar Wan Chik
Exco Fahmi Zainol tewas melawan Johari Kassim, manakala Ahli Parlimen Bakhtiar Wan Chik tumbang di Balik Pulau.

PETALING JAYA
Seorang Ahli Parlimen tersingkir dalam pemilihan bahagian di Pulau Pinang hari ini, cubaan oleh seorang exco kerajaan negeri dan ahli pimpinan pusat berjaya dipatahkan.

Exco Fahmi Zainol dan Timbalan Setiausaha Agung PKR Zakwan Mustafa Kamal gagal menumbangkan penyandang di Jelutong dan Tasek Gelugor.

Di Balik Pulau, kerusi ketua yang diduduki Bakhtiar Wan Chik terlepas ke tangan bekas timbalannya, Tuah Ismail.

Fahmi, yang juga Adun Pantai Jerejak, dikecewakan dengan kelebihan tipis selepas meraih 181 undi berbanding 208 yang diperoleh Johari Kassim.

Bakhtiar, yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, tewas kepada bekas Adun Pulau Betong yang meraih 864 undi berbanding 727 undi.

Di Tasek Gelugor, Timbalan Ketua Menteri Mohamad Abdul Hamid mengalahkan Zakwan dengan 412 undi berbanding 319 undi. Zakwan, bekas pembantu kepada Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini bendahari bahagian itu.

Sementara itu, anak perempuan presiden PKR Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, dipilih semula sebagai ketua di Permatang Pauh tanpa bertanding, manakala Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pertahan jawatan ketua di Nibong Tebal dengan mudah.

Fadhlina, ketua Wanita PKR, peroleh 677 undi dalam pertandingan tiga penjuru, manakala pencabarnya, Muttaqeen Mustafa dan Navalan Abdullah, masing-masing hanya dapat 335 dan 72 undi.

Di Bayan Baru, Ahli Parlimen Sim Tze Tzin pertahan jawatan ketua bahagian selepas meraih 1,032 undi untuk mematahkan cubaan pencabar, Cheah Peng Guan, yang peroleh 425 undi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.