
Presiden Soh Thian Lai berkata kadar 24% itu sekiranya dikenakan sepenuhnya ke atas produk-produk berkenaan boleh mengurangkan eksport, memberi tekanan kepada pekerjaan, dan memaksa pengeluar tempatan dan syarikat multinasional berkaitan AS yang berpangkalan di Malaysia menyesuaikan rantaian bekalan masing-masing.
“Ekosistem yang lebih luas, termasuk pembekal, penyedia logistik dan sektor perkhidmatan hiliran, juga boleh terjejas teruk oleh peralihan dalam keputusan mengenai penyumberan dan pembuatan akibat daripada tarif,” menurut kenyataan.
AS mengenakan tarif timbal balik 24% ke atas import dari Malaysia berkuat kuasa 9 April.
Presiden AS Donald Trump kata tambahan tarif ad valorem ke atas import dari rakan dagangan akan bermula pada kadar 10% dari Sabtu dan akan ditingkatkan tidak lama selepas kadar ditetapkan bagi setiap negara.
Perintah eksekutif Trump turut menyenaraikan import yang dikecualikan daripada tarif timbal balik tersebut termasuk tembaga, emas, kayu balak dan farmaseutikal.
Menyusuli pengumuman itu, Soh menggesa kerajaan elak mengenakan sebarang beban cukai tambahan tahun ini, memandangkan keadaan ekonomi yang semakin mencabar.
“Sektor pembuatan sudah berada ditekan kos yang teruk dan merupakan penyumbang terbesar kepada hasil cukai negara, iaitu RM221 bilion atau 68.6% daripada jumlah kutipan cukai.
“Peluasan cukai jualan dan perkhidmatan, berkuat kuasa Mei ini, bersama dengan kenaikan tarif elektrik pada Julai, akan meningkatkan pematuhan dan kos operasi dengan ketara bagi pengilang peringkat pertengahan dan besar, serta perusahaan kecil dan sederhana yang rentan,” tambahnya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.