
Platform berita komuniti Subang Jaya, SJ Echo, memaklumkan taman itu yang bermula sebagai projek penanaman sepanjang sempadan kini diperluas ke kawasan khas paip gas berkenaan, sekali gus menimbulkan kebimbangan keselamatan susulan kebakaran di Putra Heights baru-baru ini.
“Taman batu (rock garden) dengan pokok-pokok pisang dan serai mungkin sekali pandang dilihat indah, namun jika anda lihat lebih dekat, anda akan sedar taman ini jelas diperluas ke laluan paip gas,” menurut SJ Echo di Facebook.
Menurut catatan itu, kewujudan papan tanda yang memberi amaran kepada orang ramai tidak menceroboh kawasan terbabit dilepas pandang, meskipun taman berkenaan boleh dilihat dari Jalan USJ17/1.
Katanya, keperluan memagar kawasan paip gas itu mesti diambil serius memandangkan penduduk dan pelajar sekolah bertahun-tahun menggunakan lorong tikus antara USJ17 dan USJ13 yang merentasi kawasan saluran terbabit.
Penduduk yang menyedari sebarang pencerobohan kawasan saluran paip di Subang Jaya, USJ atau Putra Heights diminta melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa bagi siasatan lanjut. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.