
Timbalan Ketua Polis Putrajaya Azari Miskon, berkata dalam insiden pada 9.46 pagi semalam, mangsa berada dalam rumah didatangi seorang lelaki yang mengetuk pintu dan menanyakan sama ada terdapat bekalan air atau tidak.
Beliau berkata, lelaki itu kemudiannya meminta mangsa menyambungkan paip getah ke paip bilik air dan mengisi air dalam sebuah tong air.
“Semasa mangsa cuba serahkan tong air kepada suspek, dia bertindak menarik rambut mangsa dan meragut rantai emas di leher kanak-kanak itu,” katanya dalam kenyataan.
Azari berkata, kejadian itu disaksikan secara langsung oleh bapa mangsa, yang bekerja sebagai pegawai penyelidik yang ketika itu berada di pejabatnya di Kuala Lumpur, menerusi aplikasi kamera litar tertutup (CCTV) di telefon bimbit.
Rakaman itu turut mendapati lelaki tersebut memakai jaket berwarna hijau, berseluar dan bertopi hitam, serta memakai penutup mulut.
Azari berkata, nilai kerugian sebanyak RM5,530 dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.