
Amirudin Shari menjawab desakan pembangkang Selangor yang mahu beliau memanggil sidang khas DUN bagi membincangkan kejadian itu.
“Kita selesai siasatan dan sebagainya dulu. Ini bukan masa nak berbahas. Ini masa kita selesaikan hal ini,” kata Amirudin Shari pada sidang media di SUK Selangor, selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
“Sidang dewan akan berlangsung Julai nanti. Saya rasa kita ada banyak masa dan kesempatan untuk bahas dengan lebih tertib dan lebih selesa pada waktu tersebut.”
Pembangkang Selangor yang mahu sidang khas DUN dipanggil berkata kejadian menimbulkan persoalan serius mengenai tahap pematuhan dan penguatkuasaan dalam aspek keselamatan.
Ketua Pembangkang Azmin Ali juga mahu kerajaan Selangor menjalankan siasatan bebas, terperinci, dan telus bagi menjawab persoalan-persoalan yang berbangkit berhubung kejadian tersebut.
Beliau mahu laporan siasatan mengemukakan syor-syor dan langkah-langkah pemantauan dan pemeriksaan di sepanjang jajaran paip gas secara berkala, dan mahu laporan itu dibentangkan dan dibahas dalam sidang DUN. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.