`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, June 6, 2025

SPRM serah kertas siasatan skandal perlombongan Sabah kepada AGC

 Sumber SPRM berkata ada kemungkinan beberapa individu akan didakwa dalam tempoh terdekat.

macc sprm
Sumber SPRM berkata kertas siasatan berkaitan dakwaan skandal perlombongan Sabah sudah lengkap dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, dua minggu lalu.
KUALA LUMPUR:
 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan kertas siasatan dakwaan skandal perlombongan di Sabah kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.

Bernama yang memetik sumber SPRM berkata kertas siasatan kes itu sudah lengkap dan diserahkan kepada AGC pada dua minggu lalu.

Sumber itu juga berkata ada kemungkinan beberapa individu akan didakwa dalam tempoh terdekat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki juga mengesahkan perkara itu kepada Bernama.

Bulan lalu, SPRM berkata ia telah menyiapkan laporan forensik berhubung video kontroversi yang dikaitkan dengan dakwaan skandal perlombongan.

Dakwaan skandal perlombongan itu dilaporkan pada 2024 selepas satu siri video yang mengaitkan beberapa Adun Sabah dibocorkan.

Video tersebut didakwa menunjukkan perbincangan yang melibatkan rasuah dan salah laku berkaitan projek penerokaan mineral di negeri itu.

Pada Februari, Azam berkata video tersebut tidak mempunyai kredibiliti kerana ia telah disunting secara berlebihan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.