`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Tuesday, July 15, 2025

Gaduh di tapak pembinaan, 9 direman

 Semasa serbuan, polis merampas enam topi keselamatan dan tiga batang besi 'scaffolding' dipercayai digunakan semasa pergaduhan.

handcuff
Timbalan Ketua Polis Brickfields Ahmad Firdaus Mustaffa Kamal mengumumkan penahanan sembilan lelaki susulan laporan berkenaan pergaduhan di tapak pembinaan di Bangsar.
PETALING JAYA:
 Sembilan lelaki direman empat hari dalam siasatan polis ke atas pergaduhan di Bangsar, Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Brickfields Ahmad Firdaus Mustaffa Kamal memaklumkan mereka disyaki terlibat dalam pergaduhan yang dilaporkan berlaku di tapak pembinaan.

Penahanan ini menyusuli laporan yang diterima polis petang semalam. Mereka merupakan warga asing, berumur 24 hingga 37 tahun.

Semasa serbuan, polis merampas enam topi keselamatan dan tiga batang besi ‘scaffolding’ dipercayai digunakan semasa pergaduhan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata.

Polis memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pergaduhan kerana boleh dikenakan tindakan undang-undang, menurut kenyataan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.