`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Tuesday, July 15, 2025

Syarikat bayar RM52 juta tamat pertikaian dengan Petronas Gas

 BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd dan Petronas Gas Bhd meterai perjanjian penyelesaian berhubung pertikaian bekalan elektrik.

BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd bayar RM52 juta sebagai penyelesaian penuh dan muktamad kepada Petronas Gas Bhd.
KUALA LUMPUR:
 BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd membayar sebanyak RM52 juta sebagai penyelesaian penuh dan muktamad kepada Petronas Gas Bhd (PGB) selepas kedua-dua pihak memeterai perjanjian penyelesaian berhubung pertikaian bekalan elektrik.

Petronas Gas dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, urus niaga tersebut dijalankan dalam urusan perniagaan biasa, dirunding serta dimuktamadkan secara adil dan bebas di antara kedua-dua pihak.

“Ia dilaksanakan demi kepentingan terbaik Petronas Gas supaya adil, munasabah dan berdasarkan terma komersial biasa selain tidak memudaratkan kepentingan pemegang saham minoriti.

“Penyelesaian ini disokong oleh peluang perniagaan di antara Petronas Gas dengan BASF Petronas serta mengelakkan proses penyelesaian pertikaian berpanjangan yang boleh membawa kepada ketidaktentuan dalam pengiktirafan hasil dan unjuran kewangan,” katanya.

Petronas Gas dan BASF Petronas memeterai perjanjian jual beli elektrik bertarikh 21 Dis 1998 bersama-sama dengan perjanjian tambahan yang berkaitan.

Petronas Gas berkata antara 2018 dan 2019, terdapat pertikaian di antara kedua-dua pihak yang berpunca daripada perjanjian bekalan elektrik tersebut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.