Effendi @ Ewan Matore dari UKM gesa peristiwa dimasukkan dalam silibus mata pelajaran sejarah perlu dibingkaikan sebaiknya.

Effendi @ Ewan Matore dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, keperluan memasukkan peristiwa untuk diceritakan kepada murid bergantung bagaimana bentuk penulisan dan dibingkaikan dalam kandungan kurikulum.
Katanya, jika penulisan itu tidak dikendalikan dengan berhati-hati maka ia boleh dilihat sebagai alat propaganda politik oleh pihak berkuasa atau bersifat berat sebelah.
“Memandangkan tokoh-tokoh utama dalam peristiwa dinyatakan masih aktif dalam politik hari, saya berpandangan penulisan sejarah itu mungkin dianggap terlalu awal untuk mencapai konsensus sejarah yang neutral.
“Selain itu, ada kemungkinan membawa isu politik yang masih panas ke bilik darjah boleh mencetuskan kegelisahan dalam kalangan murid atau tekanan kepada guru dalam pengajaran serta pembelajaran,” katanya kepada FMT.
Wakil rakyat Pakatan Harapan itu dalam perbahasan di Dewan Rakyat, semalam, berkata selain sejarah berkaitan kemerdekaan negara, politik moden juga perlu didedahkan kepada generasi baharu.
Effendi berpandangan, pendekatan lebih sesuai dalam pengenalan kurikulum 2027 ialah dengan menekankan pembinaan karakter bangsa serta pengukuhan literasi sivik dalam kalangan murid.
Selain itu, pelajar boleh diajar berhubung sistem demokrasi berparlimen dan bagaimana krisis politik diselesaikan melalui perlembagaan.
“Ini boleh membantu murid memahami struktur dengan lebih jelas,” katanya.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Mohamad Ali Hasan, pula berkata sebarang peristiwa politik yang ingin dimasukkan ke dalam kurikulum perlu dilihat daripada sudut iktibar dan manfaat kepada warganegara, bukan tertumpu kepada individu tertentu semata-mata.
Katanya, ia juga perlu dinilai secara teliti oleh panel pakar yang dihormati dan berwibawa.
“Sebenarnya kita mesti lihat apa iktibar yang baik dan untuk manfaat warganegara.
“Saya kira bukan sahaja (sejarah) Anwar, tetapi semua yang berkaitan ahli politik dan sebagainya yang boleh jadi iktibar perlu dimasukkan dalam sejarah,” katanya. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.