`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, March 8, 2026

Mas Ermieyati enggan jawab surat tunjuk sebab Bersatu

 Ketua Wanita Bersatu itu berkata, beliau sebaliknya serah kepada pucuk pimpinan parti untuk buat penilaian.

Mas Ermieyati Samsudin berkata, tempoh tujuh hari untuk beliau jawab surat tunjuk sebab daripada Bersatu berakhir hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Ketua Wanita Bersatu Mas Ermieyati Samsudin memaklumkan beliau tidak akan menjawab surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin parti, sebaliknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk menilai.

“Saya terima surat 28 Feb lalu dan tempoh tujuh hari akan berakhir hari ini, jadi saya memutuskan untuk tidak menjawab surat tersebut, terserah kepada parti,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Mas Ermieyati bersama Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee menerima surat tunjuk sebab bagi menjawab beberapa tuduhan.

Dilaporkan antara sebab Mas Ermieyati menerima surat tunjuk sebab itu adalah kerana menghantar surat kepada Ketua Whip Perikatan Nasional Takiyuddin Hassan bagi memaklumkan sokongan 13 Ahli Parlimen Bersatu kepada Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang di Parlimen.

Ronald dan Mas Ermieyati antara yang hadir pada perhimpunan menyokong Hamzah pada 14 Feb lepas, sehari selepas timbalan presiden Bersatu itu dipecat parti.

FMT sedang mendapatkan maklum balas daripada Ronald sama ada beliau telah membalas surat tunjuk sebab tersebut atau mengambil pendirian sama seperti Mas Ermieyati

Awal hari ini, Mas Ermieyati mengumumkan beliau meletak jawatan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, beberapa minggu selepas mengosongkan kerusi ketua Bersatu Masjid Tanah.

Menurutnya, keputusan berkuat kuasa semalam itu diambil bagi membolehkan Ahmad Samsuri Mokhtar yang menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi PN untuk membuat penstrukturan semula. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.