Kejadian tular itu dipercayai berlaku kira-kira 1.30 tengah hari semalam di sebuah premis di Stesen LRT Pasar Seni.

Ketua Polis Dang Wangi, Sazalee Adam, berkata kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu itu menyebabkan pelajar tingkatan satu terbabit mengalami kecederaan di bahagian hidung.
Katanya, kejadian berlaku apabila suspek berusia 40an menuduh mangsa memotong barisan sedangkan remaja itu adalah pelanggan pertama yang datang ke kedai berkenaan.
“Suspek yang memakai baju kemeja putih telah menampar mangsa di bahagian muka.
“Mangsa telah membuat rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan disahkan mengalami kecederaan jenis soft tissue injury nasal lesion,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, kejadian tular itu dikongsi di media sosial oleh seorang pengguna yang mendakwa individu terbabit telah menampar adiknya tanpa sebarang provokasi.
Pengguna dikenali sebagai rx_hid itu turut meminta bantuan orang ramai mengenal pasti lelaki terbabit untuk membolehkan tindakan lanjut diambil. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.