`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2026

Tuesday, May 26, 2026

Bangunan runtuh di Filipina, 1 rakyat Malaysia maut

 Seorang lagi rakyat Malaysia disahkan selamat dan tidak mengalami kecederaan, kata Wisma Putra.

Kementerian Luar Negeri mengesahkan seorang rakyat Malaysia maut dalam insiden runtuhan bangunan di Angeles, Filipina kelmarin. (Gambar EPA Images)
KUALA LUMPUR:
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seorang rakyat Malaysia yang terjejas dalam insiden runtuhan bangunan di Angeles, Filipina kelmarin, telah meninggal dunia.

Kementerian dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa waris terdekat mangsa telah dimaklumkan, manakala Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang menyalurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada keluarga mangsa, termasuk membantu dalam urusan pengendalian jenazah.

“Kementerian ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas berita duka ini,” menurut kenyataan itu.

Dua rakyat Malaysia terlibat dalam insiden berkenaan.

Seorang lagi rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu disahkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Kedutaan Besar Malaysia di Manila turut memberikan bantuan konsular yang diperlukan kepada individu berkenaan.

Kementerian yang turut dikenali sebagai Wisma Putra menzahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa di Filipina atas bantuan serta kerjasama yang diberikan dalam perkara itu.

Wisma Putra juga komited untuk terus memelihara kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.