`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Sunday, August 9, 2026

Kerajaan mahu hantar pulang pelarian, tunggu data awal pendaftaran, kata Saifuddin

 Menteri dalam negeri berkata individu sah pelarian 'tentunya' antara kumpulan awal akan diurus penghantarannya oleh Wisma Putra.

immigration raid
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata program dokumen pendaftaran pelarian (DPP) dijangka mendapat data awal pada suku keempat tahun ini.
PETALING JAYA:
Individu dikenal pasti pelarian akan menjadi keutamaan bagi urusan penghantaran pulang menerusi tindakan Wisma Putra, selepas program dokumen pendaftaran pelarian (DPP) mendapat data awal pada suku keempat tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pendaftaran itu bukan sahaja melibatkan pelarian Myanmar, malah meliputi semua mereka yang dikenal pasti ada di negara ini.

“Kalau sah mereka itu berstatus pelarian, maka mereka tentunya antara kumpulan awal yang akan kita uruskan penghantaran. Yang itu akan dikendali Wisma Putra.

“Kami menjalankan pendataan. Kita kena ada mekanisme untuk mendekati mereka ni, hebahkan bahawa kerajaan Malaysia sedang melakukan pendataan dan kita akan minta tampil ke hadapan,” katanya menurut Bernama pada sidang media, di Putrajaya.

Sebelum ini, dilaporkan Kementerian Dalam Negeri menerusi imigresen sedang melaksanakan program DPP bagi mengurus isu golongan itu secara tersusun, selaras dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara No 23 (Semakan 2023).

KDN memaklumkan program itu diwujudkan bagi membolehkan kerajaan memperoleh data biometrik dan maklumat identiti lebih tepat, lengkap dan boleh disahkan mengenai individu yang berada dalam kategori pelarian. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.